Gubahan Hantaran Pertunangan - Azah & Anis



Tempahan Gubahan Hantaran Pertunangan 

Hantaran untuk  Pertunangan
Tema : Cream + Brown 
Kos Barang : Dibeli sendiri oleh pelanggan.

Alasan Pelanggan :  Hantaran ni mesti disiapkan dalam masa 2 hari, kerana bakal tunang nak tengok dalam masa 2 hari, jika tak bakal tunang akan buat ikut caranya. :)

Barang Hantaran:
1. Sejadah
2. Songkok
3. Kain pelekat
4. Baju Nikah
5.Tuala
6. Buah-buahan (Bakul)
7. Sirih Junjung  + Model kapal
8. Gula-gula bentuk pokok



Penyelesaian:
Kami dapat meyiapkan dalam masa yang ditetapkan, kak azah begitu gembira dan terharu, Kak azah memberitahu kami bahawa hantaran yang kami buat untuknya lebih dari jangkaannya. Kami berasa berbesar hati dengan komen yang begitu positif.

Kak Azah kini memberitahu kami bahawa bakal suaminya juga ingin menempah dari kami kerana murah dan cantik. Jadi kami sekarang menunggu bakal suaminya menghantar barang.  Alhamdullilah rezeki kami bertambah, berkat keikhlasan memberi yang terbaik kepada pelanggan.

Terima Kasih, kepada Kak Azah dan bakal suami.
Selamat Bertunang. Jangan lupa kami di hari persandingan.



Kain Nikah


Hantaran Bahtera Sejadah, Kain Songket Ros, Tuala Hati.


Hantaran Songkok dan Kain Pelekat.
P/s : Selamat bertunang Azah & Anis

Tempahan Hantaran Pertunangan- Eilla Bangsar



Hantaran Majlis Pertunangan - Eilla Bangsar 

Hantaran untuk  Pertunangan
Tema : Hitam, Silver, Putih
Kos Upah : RM25 setiap satu hantaran. (*Diskaun 10% - Kerana lebih dari 7 hantaran)
Kos Barang : Dibeli sendiri oleh pelanggan.

Alasan Pelanggan :
Eilla inginkan sesuatu yang simple dan elegan. Tidak terlalu semak dengan sarat dengan bunga. Eilla ingin meletakkannya ke dalam kotak sebagai bekas utama. Tempah sebulan diberikan untuk menyiapkan hantaran ini.

Barang Hantaran :
1. Sejadah
2. Tuala
3. Kain pelekat Samarenda
4. Potpuri
5. Buah-buahan (Bakul)
6. Baju Kemeja Lengan Panjang.
7. Kotak Kek
8. Gubahan Sirih Junjung (Bakul)
9. Coklat (Di batalkan disaat akhir)


Hantaran Baju Kemeja

Buah-buahan, Gubahan Sirih, Dan Kain Pelekat.
Pesanan : Untuk hantaran buah-buahan, pelanggan diminta membeli buah yang segar dan cantik, kerana kami hanya akan berusaha mencantikkan buah-buahan yang anda beli. Jika anda mahu kami beli, kami amat berbesar hati. :).

Hantaran Potpuri 

Hantaran Sejadah Hati

Hantaran Tuala Bunga

Hantaran Tuala Bunga

Tempahan Membuat Hantaran Murah Perkahwinan & Pertunangan



Tempahan Membuat Hantaran Perkahwinan/Pertunangan.
Upah sahaja : RM25.00
Gubahan Sirih Junjung/ Bakul : RM50.00

Tempahan  mestilah dibuat dalam masa 1 @ 2 minggu dari tarikh bahagia.

Sejadah
Telekung
Songkok
Kain Pele’kat
Buah-buahan
Sirih Junjung/Gubahan Sirih+Bunga
Tuala
Potpuri
Cincin
Kain Baju nikah
Minyak Wangi
Beg
Tali pinggang
DLL




Popular Posts

Blog Archive